Sabtu, 10 November 2012

Bismillahirrohmanirrohim, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, yg berkuasa atas segala yg di langit & di bumi, tk sangka, setgh thn aku berniaga, jual cheese powder, pastu Uncle Bob, & Tpg Ezy Kfc spicy& ori, aku skrg berhenti jual online, sbb aku dgn tk semena mena je, tetiba jd pembekam, sekaligus, nk usahakn pusat rawatn Islam abang . Maha Suci Allah, Maha kaya Allah, bila Ia berkehendak, baik atau buruk, cepat atau lambat, semua dlm kekuasaanNya, tdk ada siapapun yg dpt menghalang . Untung sket sket dr jualan brg brg tu, dpt lah keluar modal utk belajar @ kursus bekam dgn beli brg brg bekam sekali, buat bunting & flyers . Ni tgh tunggu kptusan je, abg kena pindah Johor ke tak, sbb nk cr rumah 4 bilik, insyaAllah, sbb 1 bilik tu nk dijadikan sebagai bilik rawatan pesakit . Semuanya Allah letak dlm ms yg sama, ms yg sgt sgt cantik, aku nk cr rumah lain, dlm ms yg sama, cr rumah yg sesuai supaya boleh djadikan tmpt kami cr rezqi juga . Alhamdulillah, ya Allah, walaupun aku masih belum boleh rasa nikmatnya sgt atas segala usaha selama ni, sbb asyik nk pusing modal je, keluar modal je, tp tkpe, alhamdulillah sbb sekurang kurangnya aku ada modal sdri, dr untung niaga kat fb sket sket, bukannya aku pinjam duit dr sesiapa sbb nk berniaga atau nk memulakan Terapi Islam abg, yg kuberi nama 'Terapi Islam As Habul Kahfi " SubhanAllah, Walhamdulillah, AllahuAkbar, Maha Suci Engkau Ya Allah , Maha Benar Engkau ya Allah, jika hambaMu bersyukur, maka Engkau akan tambahkan lg nikmatMu, Jika tidak bersyukur, maka Engkau akan tarik kembali . Balik kg x ni kena ambil ubat mak mtua, upalod kat fb . Pjg umur, Allah bg ilham & ilmu, semoga aku pandai nk upload gambar atau apa apa aelah kat blog ni yg bermodalkan rm150, sbb aku lansgung tak tau bab bab ni, memg jahil sgt sgt, he he he , dr jahil itu Allah keluarkan aku sedikit demi sedikit, asbab kasih sayang & rahmatnya, Alhamdulillah ^_^

Isnin, 4 Jun 2012

ALLAH KABUL DOA KU SEBELUM RAYA KALI INI

Assalamualaikum, lama aku tk update blog aku ni. Tp byk cerita yg aku tk update selama aku masuk blog aku ni, tp cerita yg penting sahaja ok ! Alhamdulillah, bila Allah beri kita ujian demi ujian , kdg kala Allah sedang menyediakan jalan keluar buat kita. Cuba buat iklan, tk de perubahan juga, last last sampailah aku cuba jual jalapeno cheese powder, alhadmulillah, rezki aku Allah letak kat sni rupanya. Aku membuat keputusan berenti jual brg org, melainkan brg aku sdri. Skarang aku selesa jual brgs dri, Produk Lot Elevn belum dpt sambutan, aku pun tk faham, apa la yg management Lot Eleven buat. Iklan pun tkde, jd org tak tau psl produk tu walaupun produk tu bgs. Jadi aku kena guna alternatif lain, cube je apa pun, sbb aku tk tau rezeki aku, Allah letak di mana. Ahamdulillah, Allah kabulkan doa aku, supaya segala kesusahan aku membuahkan hasil, aku tkkn berhenti selagi aku tk nmpk hasilnya. Alhamdulillah, sebelum cukup setahun aku berniaga , mula dr raya thn lps, aku dh genggam hasilnya, alhamdulillah, biz aku, makin ada perubahan, Alhamdulillah, syukur sgt pada Mu Ya Allah . Abang pun dh senang nak tolong aku, bukan cmm dulu & bg sokongan gak pd aku sekarang Mcm mcm juga aku jual kat fb aku tu, ni linknya , berminat nk tgk apa aku jual boleh klik link ni https://www.facebook.com/nufailajmal . Tp yg aku fokus memg cheese powder kfc cheesy wedges tu. Ok , pjg umur, aku update lg blok aku ni, assalamualaikum :)

Ahad, 6 Mei 2012

" Andai Allah tak makbulkan doa itu, anggap saja doa itu tidak sesuai buat Aku"

Assalamualaikum, alhamdulillah, susah payah bertanya sana sini, akhirnya aku dpt juga buat iklan fb , izin Allah,abang aku yg tolong, rm100, mula dr 1/5/2012 sampai 1/6/12 , sbb aku nk try buat iklan sebulan. Tp dh masuk hr ke 6 , br 11 org je yg klik iklan aku, tp 3 org je yg like mcm tu la. Hmmm, rasa rasa mcm tk berubah juga, mungkin aku nk bentikan ajelah iklan fb tu, rugi duit je rasay, tp kena tunggu abang aku tlg cancell kan, sbb aku tk reti nk buat apa . Nanti aku bayar je lah bape dh guna pakai kad kredit dia. Skrg ni aku kena cuba pulak aktif jual offline, jalapano cheese powder, tp 1st time aku borong 4 kg, terbeli tmpt yg agak mahal, aku dh bank in duit bape jam, br aku jumpa tmpt yg betul betul murah jugak la. Pastu marshmallow, nasib baik aku oredr 1 kg je, sbb ada kwn fb ckp, tk dpt sambutan mana, modal mahal, untung tk seberapa pulak tu, tk bertambah rugi je aku perniagaan aku. Jika aku rasa kena keluar modal besar utk jalapano cheese tutp aku nk survey dulu, ada jual ke tdk, kat MYDIN ke Nsk ke, aku kena keluar modal besar lah. Tp abang suh aku jual kat tmpt dia jogging je dulu, tgk camne & aku jual gak kat jiran dgn kat sek anak aku. Harap harap ada rezeki kat niaga offline ni, betul gak ckp abang ( suami aku ) org yg maju biz dia kat fb semua dh maju offline juga. Hmmm, kena cubalah cara apa pun, insyaAllah, lambat cepat, ada rezeki juga, insyaAllah, amin

Jumaat, 20 April 2012

Sekarang bukan masa untuk berputus asa

Alhamdulillah, dlm pd aku bertanya sana sini mcm mana nk buat iklan kat fesbuk, Allah jumpakan aku dgn seorg adik ni, seorg agen pelaburan hartanah, org dia emsemmm :) Aku janji dgn dia, tunggu aku dh kaya ,  doakan aku kaya, baru aku dpt beli syer tu dgn dia, aku tk sempat kaya pun, tp dh senang, aku ada duit, aku akan cr dia, buatnya tk sempat aku tunai janji aku dgn dia , malaslah kan, rasa boleh beli, beli je la syer tu dgn dia. Harap ms tu Allah bg aku mudah, sbb laki aku tu , susah banyak, bukan susah sikit ckp dgn dia. Aku cuba niaga kat fb ni, tk pernah dia sokong, ada ke patut apa apa msalah aku tanggung sdri, kehal bukan aku tgh usaha nk tlg dia juga ke ?Adik tu nama dia Nazree, ada kat fb baru aku , dia yg bgtau  aku tentang 1 kursus perniagaan online, website dia http://seminarfacebook.com.my,  tp aku tertarik sgt, sbb ada pakej video, testimoni pun nmpk menarik, aku nk video tu, supaya aku boleh buat sale yg byk biz aku ni, amin.walaupun aku tk dpt pergi kursus tu. Tk tau dpt ke tdk pakej video tu, sbb aku terlambat bape hr je, kursus tu br je habis kat KL, kebetulan pakej video tu pun dh habis :( nk gi kursus, memg tk nmpk bayang laki aku bg punya, tp aku dh mesej yg aku nk juga pakej video tu. Nk cerita, aku tanya kawan psl buat iklan, dia senyap je, mula mula aku tanya cara sms, pastu inbox, pun dia tk reply jugak, hmm, tk tau la manusia ni kan. Ms kita tkde pape dia baik je, tp bila nmpk kita dh nk rasa kejayaan tu mula lah berubah ht. Aku pun husnuzon jugalah dgn dia, cuma sebagai manusia biasa, aku rasa tk mustahil.
Tapi, aku beserah diri dgn Allah s.w.t sepenuhnya mengharap pertolongan, rupa rupanya Allah bg aku jumpa yg lbh baik lg psl kursus iklan fb tu, alhamdulillah, syukur.
Hari ni masalah pulak bila set lot eleven, aku hantar kata agen aku tu, susah org nk beli sbb kena beli 1 set je, tp aku dh call Lot Eleven, nanti dia bgtau balik camne, sbb akak tu kata ada yg jual 1,1, kalau memg ada jual 1, 1, alhamdulillah sgt sgt, nmpk jugak la brg boleh jalan. Ok ye, lain x aku update apa apa lagi, assalamualaikum

Selasa, 17 April 2012

Ya Allah, Robbi yassir wala tu a'ssir, mudahkan urusan perniagaanku Ya Allah, amin

Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, hr ini aku masih diberi kesempatan tuk meng update blog yg tk sberapa ni. Alhamdulillah. Aku masih tercari cari cari lagi, cara nk memajukan perniagaan, dh cuba traffic wave rasa mcm otak ni pun dh tumpul, dh slow baru nk belajar benda benda tu semua, nk gi kursus, abang ckp kat stu diaorg tu ajar org manipulasikan customer supaya beli brg diaorg. Manipulasi tu 'menipu' sbnary, tp tkkn nk guna pkataan tu, sape nk beli ? Kat kursus tu akan ajar kita mcm ne nk psiko customer , nk convincekan customer supaya beli brg yg kita jual. Ada betulnya juga ckp suami aku tu, ye lah sbb kdg kdg kita pun kantoi jugak dgn salesgirl ke salesman, sbb dh dh dilatih, di ajar cara me'manipulasi'kan org, jd aku pun dh tk berminat nk gi kursus atau trafficwave tu, dah la apa aku tanya dia tk jwb. Jadi hari ni aku nk belajar balajar juga cara buat iklan kat pesbuk ni. Ok lah, aku pun tk rajin la pullok hari ni nk tulis pjg pjg, cuma kpd yg singgah baca blog aku ni, silalah ke pages aku menjual Produk klikinikal Lot Eleven , https:www.facebook.com/Kedai-Online-Hana-Ajmal/168748449903204 , & pages lg 1 yg menjual pelbagai barangan , pages Macam macam ada, http://www.facebook.com/MacamMacamAdaaaaa , t ksh pd yg sudi liked , assalamualaikum warohmatullahi Taala Wabarokatuh , pjg umur jumpa lg eaaaa

Jumaat, 13 April 2012

Saya budak baru belajar

Salam, t ksh byk pd yg sudi jd follower sy yg 1st & 2nd & selepas ni,sy ni tk arti blog blog ni, nk update pun tk arti, blog ni pun kwn yg tulung buatkan he he he . Tp hr ni kena cuba jugak la, caiiyokk!  Kpd yg dh baca sepatah 2 kata aluan pembukaan blog sy semalam, boleh la singgah ke fb sy , Mai La Singgah ( Macam macam Ada ) yg menjual pelbagai jns barangan spt tikar evamatic bercorak animasi, mangkuk tingkat berbunga , periuk berbunga, hdbag & purse , produk kecantikan juga ada seperti cocoa collagen, sabun jongkong emas, sabun susu beras, D'Apple Fiber , apam polkadot, cupcakes, rantai tgn mutiara batu swarovski, kelambu cinta , fendek kata, bermacam macam lagilah serta pilihan yg ada. Cuma di fb Nufail Ajmal dgn pages Kedai Online Hana Ajmal shj, sy mengkhususkan utk produk Lot Eleven, buat ms skrg cuma set penjagaan kulit muka shj yg br ada , produk makanan kesihatan lps ini akan mnyusul juga ok !
Sbnary, nk jd cerita sy dh lama juga mencuba berniaga di fb ni,. mcm mcm sy cuba jual nk naikkan biz sy, pjg umur , raya ni cukup setahun sy berniaga di fb. Oleh kerana harga brg yg makin hr makin mahal, tk pernah kedengaran turun, sy suri rumah sepenuh ms yg sudah 12 thn berkahwin tiidak pernah bekerja,selama kahwin, tpksa juga mencuba nasib berniaga secara online . Dengan adanya blog sy ini, yg sy upah seorg adik ni tlg buatkan, sebanyak rm150 , alhamdulillah, sy ada blog juga, tu pun tk reti sgt nk buat apa dgn blog sy ni. Kwn kata kena update, sy pun tulis je la apa nk tulis hr ni. Nk jd cerita, sblum dpt adik ni tlg buatkan blog sy, sy ada la minta tlg dgn kwn, bukannya sy suruh free, sy bayar rm150 kat dia,tp dia senyap je, reply apa pun tidak,  kwn sy seorg ni kata kdg kwn ke sedara ni dengki dgn kita, sy pun tk tau la jugak nk cakap apa, tp andai izin Allah sy berjaya, Allah tahu segala kesusahan sy selama ni,  punyalah nk cuba bg jalan perniagaan sy, sampaikan inbox sana sini , bg ambil periuk mahal hg beratus tu hutang dulu pun tk pe, tp cuma seorg 2 je, yg reply, kalau tk nk, jwb sepatah 2 tk boleh ke, nmpk sgt tk sensitif & tkde budi bahasa. Andai izin Allah sy berjaya ,1 ms nanti, sy akan ingat sampai bila bila, kesusahan sy skrg, inbox sana sini, mcm minta sedekah je kat diorg,ajak org jd agen Lot Eleven, bukan keluar modal, just dropshipper je, cuma publish gambar, cr customer, tranfser duit kt sy bhgn sy jew, bhgn agen, agen dh mark up dulu, brg sy yg akan pos, tp entah lah org melayu ni, kalau bg kat cina dh melompat,sape la yg lol sgt tu bg nama bangsa aku ni 'me la yu' bg la mengembang ke memekar kew, ni melayu baginya hmmmm, bijak la sangatttttt :P
Andai Allah izin sy berjaya capai apa yg sy impikan hr ni, semoga org org yg  layan sy mcm  tu semua, ingat sampai bila bila apa diorg buat kat  sy, amin. Benarlah kata 1 dunia, nk cr kwn ms senang, memg senang, tp nk jumpa kawan sahabat yg sama sama dgn kita ms susah & senang, memg susah. Ok la, tu la nama manusia, tk lepas dr berbuat dosa walau sbsr biji sawi sekalipun ternasuk la org yg cakap ni , pjg umur lain x sy update yg baru ok, doakan sy berjaya impian sy hr ni, amin

Rabu, 11 April 2012

setitis tinta

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warohmatullahi Taala Wabarokatuh. Bersyukur sy ke hadrat Allah s.w.t, dengan limpah izinNya, maka sy mempunyai blog Lot Eleven sy sendiri. Di dalam blog ini menceritakan sedikit sebanyak tentang profile Syarikat Lot Eleven Berhad & juga  Produk produk Lot Eleven yg ada di pasaran. Anda boleh mendapatkannya atau menghubungi saya. melalui Fb sy Klik Disini , Fanpages sy klik disini   atau fb lain saya  Klik Disini & boleh juga mendapatkannya atau mengubungi suami sy di fbnya Aziz Nor. Hubungi saya di nombor 013-3248209 atau suami sy 013-3248207. Kepada yg berminat untuk  membeli produk Lot Eleven secara borong juga boleh menghubungi kami.Hantarkan email anda juga kepada sy di alamat loteleven6412@gmail.com.

Untuk melihat produk produk Lot Eleven Berhad yang ada di pasaran sila layari website kami www.lotelevenberhad.com